KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 3)
Pada 1983, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuwait di bulan Oktober. Rakan2 seangkatan di Kolej Islam Klang tengah sibuk mempersiapkan diri bagi peperiksaan STPM.
Saya berhasrat untuk cepat2 habis belajar & pulang ke Malaysia. Waktu saya di tahun ketiga, saya telah berkahwin. Isteri terpaksa ditinggalkan di Malaysia kerana sukar mendapat visa tanpa ada visa pekerjaan di Kuwait. Di tahun keempat, terlintas di hati nak sambung belajar Master di Kuwait. Niat pertama nak bawa isteri ke sini. Saya perlukan pekerjaan terlebih dahulu.
Di tahun akhir, saya telah mula mencari pekerjaan separuh masa. Saya ditawarkan bekerja sebagai pengkaji bahasa (باحث لغوي) di sebuah syarikat swasta bernama al-Sakhar. Ia dimiliki & dipimpin seorang usahawan terkenal di Kuwait terkenal dengan panggilan Abu Fahad.
Ia sebuah syarikat pengeluar katrej al-Quran pertama di dunia. Setiap ayat al-Quran ada segala maklumat; ayat al-Quran yang sama @ hampir sama, hadith2 yang relevan & analisa bahasa Arab dari segi nahu, sarf (syntax) & balaghah (kesenian bahasa). Di ofis, terdapat ahli hafazan al-Quran dengan pelbagai cara bacaan, ahli hafazan kitab Sunnah yang menghafal semua kitab Sunan macam air & pakar bahasa Arab. Saya diberikan tugas dalam bahasa Arab. Saya terasa kerdil sangat. Nasib baik, syarikat menyediakan semua jenis kamus & lexicon di pejabat.
Saya bekerja dari pukul 3 sampai 8 malam. Di waktu pagi saya sibuk di Universiti. Pengurusan masa kena tip top. Gaji saya amat lumayan walaupun bekerja separuh masa sebab ini adalah kerja profesional. Bukan semua orang ada kemahiran & kesanggupan.
Masalah utama saya adalah Abu Fahad. Dia seorang yang cenggi (garang). Kalau dipanggjl jumpa, terketar2. Memang dalam sektor pekerjaan, pekerja kena rasa gerun. Tak boleh ambil mudah walaupun boss baik & cool.
Saya amat menghormati beliau. Dia berikan peluang terbaik bagi saya belajar bahasa Arab lebih dalam & juga belajar menjadi pekerja. Beberapa tahun lepas, saya terjumpa anak perempuannya di Malaysia. Saya sampaikan salam kepada ayahnya Abu Fahad.
Masalah kedua ialah saya tidak boleh memohon visa bagi isteri kalau saya bekerja di sektor swasta.
MDB